Friday, May 9, 2014

Islam dan Melayu

Assalamualaikum dan salam Jumaat. Tadi di masjid terfikir fasal rasis. Rasis ni bukan sekadar isu perkauman sahaja bagi aku. Ianya membawa maksud yang lebih besar dari itu. Islam sama sekali tidak mengajar manusia jadi rasis. Semua orang sama aje di sisi Allah. Tapi secara tak sedar ramai antara kita bersikap rasis. Di FB hebat bersilat menyebarkan syiar Islam. Di luar pula sibuk mengutuk orang mamak, cina, india dan sebagainya. Tu belum lagi yang tak boleh bercampur sebab parti lain-lain. Yang memperjuangkan hudud dengan kumpulannya, yang mempertahankan kalimah Allah dengan kumpulannya. Bagus juga ada ramai orang yang mempertahankan Islam di Malaysia ni. Tapi didalam kita sibuk melaungkan perjuangan masing-masing, ada pihak yang nampak itu sebagai kelemahan kita. Kita tak bercampur, tak bersatu ibarat air dengan minyak. Dalam kita gah kita juga lemah sebenarnya. Islam tak pernah mengajar kita begitu. Alangkah indah jikalau semua sedar betapa beruntungnya menjadi orang Melayu Islam di Malaysia. Tiada bangsa lain yang lahirnya sahaja comfirm Islam. Orang Arab pun tak begitu. Ada Arab yahudi dan ada Arab Christian Koptik. Jangan dipisahkan bangsa Melayu itu dengan Islam. Percayalah, kita akan menjadi lebih kuat kalau ianya bersatu.

Wednesday, April 30, 2014

Satu permulaan

Bismillah. Mulakan perjalanan baru ini dengan langkah kanan. Lagu dari aku untuk kamu.